Syarat kelayakan Pengakap Raja (Persekutuan Pengakap Malaysia)

Seorang Pengakap Remaja sebelum dianugerahkan Lencana dan Sijil Pengakap Raja hendaklah:

(1) Telah memegang Rambu Pengakap Remaja (Anugerah Ketua Pengakap Negara) dan berumur tidak kurang daripada tujuh belas tahun semasa memohon untuk menjalani Kem Penarafan Pengakap Raja.

(2) Telah lulus semua lencana-lencana dari Lencana Keahlian, Lencana Kemajuan Pengakap Muda (Lencana Usaha, Maju dan Jaya serta 2 Lencana Kegemaran, 3 Lencana Pengetahuan dan 3 Lencana Perkhidmatan) sehingga Lencana-Lencana Tertinggi (Lencana Jayadiri, Kemahiran, Kegiatan, Ekspedisi dan Perkhidmatan)[1] dan telah memegang Rambu Pengakap Remaja (Anugerah Ketua Pengakap Negara) serta lulus Ujian Sikap Pengakap Raja (Kem Pentaksiran Pengakap Pra-Raja) oleh Lembaga Penaraf Pengakap Raja Daerah (di peringkat pengakap daerah) dan Kem Penarafan Pengakap Raja (Kem Pentaksiran Pengakap Raja) oleh Lembaga Penaraf Pengakap Raja Negeri (di peringkat pengakap negeri).

(3) Telah melengkapkan dan lulus dalam penilaian buku log oleh Lembaga Penaraf Pengakap Raja Daerah dan Lembaga Penaraf Pengakap Raja Negeri. Segala rekod dan bukti juga perlu direkodkan ke dalam buku log calon.

(4) Diakui mempunyai kemahiran pengakap yang secukupnya dan bersedia mengamalkan kemahiran itu untuk masyarakat.

(5) Diakui oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara sebagai seorang pengakap yang berkelakuan baik dan berperibadian sebagai seorang pengakap yang boleh dijadikan teladan.

Syarat-syarat lain yang perlu dipenuhi berbeza mengikut syarat kelayakan daerah dan negeri masing-masing.

Rujukan

WikiPedia: Pengakap Raja (Persekutuan Pengakap Malaysia) //scholar.google.com/scholar?q=%22Pengakap+Raja%22... //www.google.com/search?&q=%22Pengakap+Raja%22+Per... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Penga... //www.google.com/search?q=%22Pengakap+Raja%22+Pers... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Pengakap+Ra... http://www.terengganu.gov.my/maxc2020/portal/index... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... https://scouts.com.au/blog/2020/07/15/association-... https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://scout41panindah.webs.com/kearahpengakapdir...